Selamat datang ke MAKUM

Image

MAJLIS KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MAKUM)

MAKUM adalah nama singkatan kepada Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia. Ia adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah naungan Jawatankuasa Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Reaktor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti-universiti Malaysia. MAKUM ditubuhkan pada 11 Febuari 1993 berlandaskan kesedaran untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh universiti-universiti berhubung dengan hal ehwal kebudayaan.

     Pada awal penubuhan majlis ini dianggotai oleh lima buah universiti sahaja iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Misi MAKUM adalah untuk memartabatkan aktiviti kebudayaan dan kesenian di IPTA sebagai satu saluran dalam meningkatkan kemahiran pelajar (soft-skills). Jumlah keahlian MAKUM semakin berkembang dan sehingga kini telah dianggotai oleh semua wakil daripada 20 buah IPTA dan sekretariat penerajunya digilirkan antara anggota setiap dua tahun sekali.

Acara Terkini

Bicara Seni Industri Kreatif
BISIK
07 April 2021

Mendalami
Triads
2 Februari 2021

Adab Sebagai Landasan
Aktiviti Kesenian Muslim
4 Februari 2021

Kelas Seni"
Al-Quran
4 Februari 2021